wall

Friday, January 21, 2011

~back to school~

Assalamualaikum w.b.t....huhu...pagi tadi pergi ke pejabat JAIP...huhu...sebab nak tengok aku nie sebenarnya dapat   ke tidak ke sekolah agama kat bukit ibam...huhu...bondaku pergi berjumpe dengan pegawai JAIP ditemani oleh kawan bonda yang duduk berdekatan dengan "baiti"...huhu...aku hanya duduk didalam kereta je...huhu....untuk menghilangkan kebosanan yang sedang membelenggu diriku,aku pun bukalah radio...huhu...dalam sedang asyik mendengar radio tu...

Tiba-tiba,aku pun ternampak bayang-bayang bonda&kawannya....pada waktu itu,kalam aku ni sungguh debar untuk menanti keputusan daripada bonda...setelah mereka masuk didalam kereta,bondaku berkata"huzaifah,awak dapat masuk bukit ibam........",akhirnya sekolah telah memanggil aku semula untuk menuntut ilmu..ha3.Alhamdulillah...syukur sangat-sangat...tetapi,ada suatu perkara yang membuatkan aku terfikir-fikir...hemm...macam mana aku nanti bile aku dekat muadzam nanti...boleh ke aku jaga diri...macam-macam r....tapi aku berharap sangat-sangat agar aku dapat jage diri sampai kat muadzam nanti...aminn..eleh!relaks r jpah,berdikari sikit(kata2 semangat)...huhu....dan mungkin hari isnin nie aku akan pergi daftar sekolah tu...huhu...kadang-kadang rase sedih juga nk tinggalkan kuantan nih..huhu:-(...tapi nak buat macam mane hidup nie memerlukan pegorbanan untuk berjaya...huhu...

Ada satu lagi "story yang ingin aku kongsikan bersama pembaca blog ini...huhu...sebelum aku nih pergi pekan...aku tunggulah kejap bondaku pergi office...dalam on the way balik rumah untuk ambil kawan bonda...dekat traffic light kat Bukit Setongkol...tetiba,terdengar suatu bunyi didalam beg tangan bonda....apabila aku buka beg tangan tersebut...

Rupa-rupanya  ada satu mesej masuk "1 massage recieved"....aku pun tekan butang read...,
"opening...........",
"salam..huzaifah apa khbr???",
bertapa terkejutnya aku....bukannya terkejut melihat mesej yang dihantar...tapi terkejut melihat nama penghantar mesej...aku mengira orang lain yang hantar mesej tersebut....rupanya,mualim/ustazku yang menghantar mesej tersebut..huhu...tidak aku sangka ustazku sendiri yang hantar mesej tersebut...syukur...kerana ade yang masih mengingati diri ini...walaupun banyak kali telah membuat kesalahan yang membuat hatinya sakit...SYUKRAN JAZILAN,YA MUALIM....kerana masih lagi mengambil berat pasal aku....tahu tak kenapa aku tulis besar-besar ucapan terima kasih aku kepada Mualimku itu...kerana aku juga rindu dan sayang kat dia...kerana dengan gigih usahanya aku telah dapat menghafaz KALAMULLAH lebih kurang 12 juz'...walaupun bilangan tidak seberapa banyak cuma 12,tapi ganjaran disisi Allah s.w.t amat besar dan jasanya juga amat besar kepada driku...kerana beliau telah mengajar aku ilmu-ilmu yang berguna bagiku yang mungkin suatu hari nanti akan aku gunakan ia kelak....InsyAllah...

"Rasulullah s.a.w bersabda:sebaik-baik kalian adalah orang yang belajar Al-quraan dan mengajarkannya kepada orang lain."(HADITH)

Akhir kalam,aku memoho kalian mendoakan kesejahteraanku agar aku baik-baik saje...dan tidak terpengaruh dengan kejutan budaya yang ada diluar sana...
"Ya Allah,Ya Tuhanku.Aku bermohon kepada-Mu agar Engkau kuatkanlah keimananku terhadap-Mu.Engkau ampunkanlah dosa-dosaku,ibubapaku,adik beradikku,ahli keluargaku,guru-guruku,sahabat-sahabatku yang mengunung tinggi.Sesungguhnya hinanya Kami ini dihadapan-Mu Ya Allah.Sesungguhnya Engkaulah Tuhan yang Maha Pengampun Lagi Maha Mengasihani.Ya Rabbi,Engkau berkatilah Kami dari azab-Mu yang amat pedih sekali,Engkau masukkanlah kami ke Syurga-Mu,Ya Allah....Selawat dan Salam keatas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w,Keluarga Baginda,Para Sahabat Baginda...Allahuma Amin x3...Walhamdulillahi Rabbal A'lamin....Amin...

Saturday, January 15, 2011

DR.ISLAM atau BOMOH...


Assalamualaikum…
Segala pujian bagi Allah s.w.t kerana dapat lagi saya menulis atau “update” blog ini…hehe…hari ini suka saya ingin menyebut mengenai tentang “SAKIT”... Definisi sakit: seseorang dikatakan sakit apabila ia menderita penyakit menahun (kronis), atau gangguan kesehatan lain yang menyebabkan aktivitas kerja/kegiatannya terganggu.Walaupun seseorang sakit (istilah sehari-hari) seperti masuk angin, pilek, tetapi bila ia tidak terganggu untuk melaksanakan kegiatannya, maka ia dianggap tidak sakit.
Kalau diikutkan dihospital,setiap hari pasti ada yang sakit tidak kiralah sama ada demam ke,batuk,sakit kronik dan sebagainya…baru-baru ini kita dikejutkan dengan seorang pelajar Pusat Latihan Khidmat Negara(PLKN) telah dijangkiti wabak Ifluenza A H1N1 di Kem Sentosa…
Sakit ini juga bukan setakat biasa-biasa seperti demam,batuk dan lain-lain,malah ada juga sakit seperti dirasuk,pukau,histeria dan lain-lain.bagi.Pesakit seperti pukau dan sebagainya,hendaklah dirawat dengan mereka yang mengamalkan perubatan islam.
Malangya,masyarakat kita yang beragama ISLAM  kini lebih mempercayakan BOMOH yang berkawankan SYAITAN dan IBLIS LAKNAKTULLAH….bagaimana fenomena ini boleh berlaku???ini mungkin kerana mereka ini cetek ilmunya didalam bidang agama…
Jika hendak dibandingkan dengan perubatan ISLAM dan BOMOH ini,banyak penyakit yang boleh dirawat/disembuhkan dengan mengunakan ayat suci AL-QURAAN dan AL-SUNNAH....mereka lebih mempercayakan kata-kata/janji-janji palsu BOMOH tersebut berbanding kata-kata/janji-janji ALLAH AZ-ZAWAJALLA…..dengarlah wahai saudara-saudarku sekalian,sesungguhnya kata-kata Allah benar belaka tiada palsu,jika engkau berpegang teguh kepada AL-QURAAN&AS-SUNNAH enkau tidak akan sesat selamanya….dan sessungguhnya jika engkau mempercayakan kata-kata/janji-janji IBLIS,maka engkau akan sesat selamanya.dan ia tidak akan membela engkau di akhirat kelak.Allah telah berfirman didalam SURAH YASSIN(ayat 60)….yang bermaksud Sesungguhnya ia (syaitan) adalah musuh yang nyata bagi kamu”…Akhir sekali,jika kita sakit hendaklah kita mengadu dahulu kepada pencipta kita iaitu Allah Subhanahu Wa Taala…dan kemudian barulah kita berjumpa dengan doktor,kerana apa-apa masalah kita hendaklah mengadu kepada Allah sebagai orang yang pertama…bukannya “pakwe/makwe” anda..selain itu,kita hendaklah bersabar dalam menghadapi ujian Allah Taala…kerana didalam hadis qudsi ada menyatakan bahawa “SABARLAH MENGAHADAPI SAKIT,KERANA SESUNGGUHNYA IA ADALAH PENGHAPUS DOSA”…..fikir-fikirkan…Wallahu A’lam....