wall

Friday, December 5, 2014

Musafir Mesir (1)

بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualikum w.b.t....
Segala puji-pujian dirafa'kan kepada Allah s.w.t,kerana dengan keizinannya dapat lagi penulis menyambung penulisan ini sebagai satu perkongsian kepada para pembaca.

Sebagai makluman untuk para pembaca,penulis kini sedang melanjutkan pelajaran di Bumi Ummu Ad-Dunia(Ibu Dunia) atau lebih dikenali sebagai Mesir.Mungkin ada yang tertanya-tanya kenapa ia dinamakan  Ummu Ad-Dunia.Mengikut pandangan daripada ustaz di Markaz Al-Lughah Al-Azhar,dikatakan Ummu Ad-Dunia kerana di bumi Mesir ini kita akan mendapati pelbagai jenis orang dan pelbagai jenis perangai.Menurut seorang ustazah disini juga berkata,Mesir ini dinamakan Ummu Ad-Dunia kerana di Mesir inilah menjadi tumpuan manusia berkaitan dengan ilmu tidak kira samada ilmu duniawi atau ukhrawi.

Ada sesetengah pendapat menisbahkan kalimah Mesir dalam Bahasa Arab iaitu مصر kepada :
1) (Musibah/ujian)م = مصيبة
2) (Sabar)ص = صبر
3) (Rahmat/ridha)ر = رحمة / رضاء

Setiap penuntut ilmu agama pasti akan diuji olrh Allah s.w.t,cumanya Allah akan memberikan bentuk ujian itu sesuai dengan keupayaan hambanya.Firman Allah dalam Surah Al-Baqarah:Ayat 286
...لَا يُكَلِفُ اللَّه نَفْسًا إِلَّا وُسْعَهَا
" Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. "
Bagaimana caranya menerima ujian Allah dengan hati yang terbuka??Sabar dengan hati yang terbuka.
Apa yang dapat kalau sabar akan ujian Allah??InsyAllah kita akan peroleh Rahmat daripada Allah s.w.t.

Penulis memohon kepada para pembaca agar sentiasa mendoakan akan kesejahteraan dan dikurniakan Ilmu yang benar lagi sahih agar suatu hari nanti dapat penulis berkongsi dan menyebarkan keindahan islam yang pernah diagungkan suatu ketika dahulu.

"Ya Allah,Engkau kurniakanlah Ilmu yang benar lagi bermanfaat buat kami di dunia mahupun di akhirat agar kami dapat menyampaikan kepada umat yang lain dan demi kepentingan islam terutamanya.Engkau kurniakanlah kepada kami kekuatan tubuh badan,akal yang cerdas,hati yang bersih agar mudah untuk kami menuntut ilmu.Engkau kurniakan juga kepada kami sifat sabar yang tinggi dalam menuntut ilmu.Perkenankanlah Ya Allah.Amin"

Akhir kalam,penulis mendoakan agar para pembaca sentiasa dibawah rahmat Allah taala.Semoga kita bertemu diruangan yang lain pula.Wallahu'alam.

Kalam Qalby,
Madinah Nasr,Kaherah
Mesir.
13 Saffar 1436H.
05 Disember 2014M.