wall

Saturday, May 14, 2011

dakwah tiada henti

Assalamualaikum w.b.t……Alhamdulillah dapat lagi penulis mengupdate blog ini…hahha….agaknya lama juga penulis tidak mengupdate….walaupun penulis rase banyak bahan yang ingin dikongsikan…yang pertamanya,penulis ingin menyeru para pembaca blog ini untuk berselawat keatas junjungan besar kita siapa lagi kalau bukan Nabi Muhammad S.A.W….Allahuma Solli Ala Saidina Muhammad….hari ini penulis ingin menyentuh mengenai dakwah….alhamdulillah di sekolah penulis sudah bergiat membuat usrah pada setiap malam sabtu…..dan secara langsung penulis menjadi salah seorang ketua naqib dalam kumpulan penulis….penulis pernah menegur sahabat penulis yang sedang merasai kelazatan dunia yang rasanya seperti hempedu ini….tetapi malangnya,tiada hasil walaupun sudah penulis menegur….fokus utamanya DAKWAH….cuba kita bersama-sama mengingati bagaimana Nabi kita Muhammad s.a.w berdakwah???pada mulanya,baginda berdakwah secara rahsia sehingga sekarang kita tidak tahu dimana letaknya rumah yang menjadi permulaan Nabi Muhammad s.a.w……
Teringat  kisah Nabi kita berdakwah di suatu tempat yang bernama TAIF…..bagaimana nabi disambut oleh penduduk TAIF???Nabi dihina dan dicaci oleh penduduk TAIF bahkan dibalingnya batu kepada manusia yang paling mulia di dunia ini…..Malaikat Jibril datang menemui Nabi untuk meminta izin Nabi untuk menghempak dua buah gunung tersebut keatas penduduk Taif…apa kata nabi???nabi kata “jangan!!!sesungguhnya mereka tidak tahu”…..Nabi berdoa kepada Allah s.w.t “Ya Allah,kau ampunilah dosa mereka sesungguhnya mereka tidak tahu apa-apa”….apa hasil nabi setelah berdakwah kepada penduduk di Taif???seorang sahaja yang mengakui kerasulan Nabi dan mengaku bahawa Tiada Tuhan Selain Allah,Nabi Muhammad Itu Pesuruh Allah…..
Dakwah ini adalah wajib kepada umat islam yang mengakui bahawa TIADA TUHAN SELAIN ALLAH,NABI MUHAMMAD ITU PESURUH ALLAH…..nak buat baik ini memang ramai orang tak suka….termasuklah nafsu yang angkuh ini….tetap ingatlah suatu hari nanti InsyAllah mereka akan  dengar suatu hari nanti…nak menjadi pendakwah perlu mengambil risiko….walaupun orang tidak mahu mendengar,tidak mengapa,paling kurang kita sudah terlepas daripada ditanya dan disoal oleh Allah s.w.t…..sejarah nabi inilah yang membuatkan penulis berasa yakin….


Konklusinya,marilah kita bersama-sama berdakwah untuk menegakkan syiar islam demi agama,bangsa,dan Negara….ingatlah bahwa setiap usaha kita ini akan di catik oleh Allah s.w.t….