wall

Thursday, March 17, 2011

Tsunami&Jepun^_^





assalamualaikum....salam sejahtera semua...huhu.....setinggi-tinggi kesyukuanku panjatkan kepada Allah Taala kerana dengan lempah kurnianya dapt lagi aku mengupdate blog ini...dan aku bersyukur juga bersyukur kerana baru sahaja pulang darripada suatu majlis iaitu Majlis Sukan dan Ilmiah Sekolah-Sekolah Menengah Agama Negeri Pahang(MASISUPA) kali ke-27 bagi peringkat ZON 1....Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar...memang seronok disana...ramai kawan-kawan yang kita boleh kenal,bersorak untuk pasukan/kontijen sekolah masing-masing tetapi adakah kita tahu bahwa ada saudara kita di negara lain yang sedang menangis menderita menangung musibah yang menimpa diri mereka????

Baru-baru ini kita digemparkan dengan berita yang amat mengejutkan dan memilukan kita semua iaitu Tsunami di Jepun dengan kekuatan gempa bumi 8.9 skala rikter.....MasyAllah....tetapi apa boleh buat ini adalah suratan yang telah ditetapkan oleh Allah Taala….jadi kita yang tidak terkena musibah hendaklah mengucapkan setinggi kesyukuran kepada Allah…
Allah berfirman dalam Surah Al-Baqarah:
156. (Iaitu) orang-orang Yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata: "Sesungguhnya Kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah Kami kembali."
157. mereka itu ialah orang-orang Yang dilimpahi Dengan berbagai-bagai kebaikan dari Tuhan mereka serta rahmatNya; dan mereka itulah orang-orang Yang dapat petunjuk hidayahNya.
Mengapa Allah menurunkan bencana alam kepada hambaNya???
1)Allah ingin mengazab hamba yang dimurkaiNya.
2)Allah ingin  menguji sejauh mana keimanan hambaNya.
3)Allah ingin melihat ketaqwaan hambaNya.
berita mengenai tragedi Tsunami kali ini mengejutkan ramai pihak termasuklah diri ini yang sewaktu itu sedang berada di asrama…saye mendapat berita ini daripada seorang sahabat saya yang baru sahaja membaca sebuah akhbar tempatan…untuk mengetahui lebih lanjut saya telah membuka satu laman yang menunjukan video-video yang menunjukan bagaimana Tsunami itu bergerak dan mengikut sebuah Stesen Televisyen di Amerika Syarikat bahawa Tsunami di Jepun itu bergerak dengan pantas dengan mengambil masa 30 saat bnyak bangunan yang sudah hancur lebur di bahan air sehinggakan didalam akhbar ada menunjukkan bahawa sebuah rumah yang dihanyutkan oleh air ditengah lautan selepas kejadian itu berlaku.
Bagi penulis ia tidaklah mustahil,kerana kekuasaan Allah jauh lebih hebat daripada segala kuasa yang ada di alam ini,kerana Allah ini bersifat Yang Maha Berkuasa Lagi Maha Agung…Allah ini tidak sama dengan segala ciptaannya.
Aku cuma berharap agar saudara-saudara kita yang berada di Jepun sekarang ini sabar  menghadapi segala musibah dan dugaan yang Allah telah turunkan kerana Allah telah berfirman:
249. dan Allah (sentiasa) bersama-sama orang-orang Yang sabar".”

kita haruslah ingat bahawa setiap musibah itu pasti ada hikmahnya yang tersendiri.kesimpulannya,marilah kita bersam-sama berzikir,bermuhasabah,mengigati mati kepada Allah Pencipta kita yang tidak bila-bila masa sahaja nyawa kita akan dipulangkan kembali kepada Tuhan yang Tidak akan Mati buat selamanya…..Allahuma Solli A’la Muhammad,Wa’ala Alihi Wa Sohbihi Wa Barik Wa Sallim….Wassalam….