wall

Friday, December 31, 2010

Ahlan Wasahlan 2011...

Salam sejahtera semua….
Dikesempatan ini aku ingin mengucapkan ahlan wasahlan 2011 kepada semua ….semoga tahun baru ini menjadikan kita manusia yang lebih Berjaya didunia dan di akhirat….mungkin ramai yang ade azam masing-masing…tetapi jika azam 2010 tidak sampai atau tidak dilaksanakan,jangan sesakali kita berputus asa..kerana dalam islam tidak mengajar kita berputus asa…jadi azam tahun 2010 kita `qadha’kan balik ke dalam 2011….bagi diriku ini terkenang pula kisah suka-duka dalam tahun 2010…teringat akan sahabat-sahabatku yang ada juga yang sambung belajar ke U….dan ade juga yang akan sambung belajar di U tidak lama lagi…dapat anugerah di sekolah,menang dalam pertandingan,kakak sambung belajar di `overseas’,dan banyak lagi….selain itu,aku pun merimdui suasana aku tinggal diasrama….teringat akan sahabat-sahabat…”Wahai sahabatku!walau dimana kita berada,kalian tetap di dalam ingatanku….”pada tahun baru ini juga,kita tutup buku lama,dan buka buku baru….kita jangan cari musuh…kesimpulannya,di tahun baru ini,kita hendaklah mendekatkan diri kita kepada Allah s.w.t..itulah yang palaing penting sekali….hubungan kita dengan Allah,malaikat,manusia itu kena jaga belaka….dan dikesempatan ini,aku ingin mengucapkan jutaan tahniah kepada skuad harimau Malaya kita yang telah memenangi PIALA SUZUKI AFF 2010….terutamanya penjaga gol pasukan Malaysia iaitu Khairul Fahmi Che Mat….tahniah diucapkan…hehehe….semoga kita semua beroleh rahmat daripada Allah s.w.t….akhir kata dengan kalimah jazakaAllahu khairan kthira…wasalam…

Saturday, December 25, 2010

SERBAN......

assalamualaikum....
tadi aku pergi hospital melawat/menziarahi mak cik aku sakit...waktu itu abang aku baru sahaja ambil aku di bandar Kuantan...selepas dapat saje tempat `parking' kereta....aku terus naik atas untuk melawat...waktu tengah jalan tu,aku melihat seorang budak lelaki yang masih kecil dalam lingkungan 3/4 tahun bersama dengan bapanya...bukannya aku tidak pernah melihat budak lelaki,tetapi aku melihat cara berpakaian dia....baju t-shirt merah bersama seluar ala jeans dan berserban...itulah yang membuatkan aku tersenyum dan kagum akan budak itu&bapanya...itulah kali pertama kali aku melihat seorang budak berusia 3/4 tahun berserban....kecil-kecil sudah  dididik untuk mengikuti sunnah Rasulullah S.A.W....ALLAHU AKBAR.....selalunya aku melihat orang memakai kopiah...tetapi kali ini lain sedikit kerana dia memakai SERBAN....sebagai seorang muslim...kita hendaklah mengambil Rasulullah S.A.W sebagai contoh ikutan kita....sama ada dari segi berpakaian,adab dan sebagainya...memang tidak salah jika kita tidak ikut kerana ia tidak wajib tetapi sebaik-baiknya kita ikutlah sunnah....didalam hatiku ini berkata&berdoa....bagusnya budak ini..."Ya Allah,Engkau peliharalah budak ini...."
semua orang dalam hospital semuanya meng`usha'....aku menulis post ini bukan sahaja untuk semua....tetapi untuk diri aku sendiri....marilah kita mendidik diri kita untuk mengikut jejak langkah dan perilaku Nabi jungjungan besar kita iaitu MUHAMMAD kekasih ALLAH TAALA...wallahu a'alam....

Friday, December 24, 2010

PMR 2010!!!!

اسلام عليكم ورحمة الله وبركته...
Alhadulillah syukur kehadrat Allah Taala kerana dengan limpah kurnianya dapat lagi ana menulis blog ini….selawat dan salam kepada jujungan besar Nabi Muhammad S.A.W,para sahabatnya,tabi’in,tabi’ tabi’in,para wali Allah,dan kepada hambanya yang soleh &solehah…syukur kepada Allah kerana akhirnya saat-saat yang aku nantikan akhirnya sudah tiba iaitu cuti akhir tahun…pada hari semalam(23 dic 2010-khamis) keputusan PENILAIAN MENENGAH RENDAH(PMR) bagi tahun 2010….ramai juga sahabat-sahabatku yang mendapat keputusan  cemerlang  pada hari keluarnya keputusan semalam…sebelum itu aku menanyakan soalan  kepada  kawanku”bagaimana perasaan mereka sebelum mengambil slip keputusan??”,ramai daripada mereka menjawab debar dan `nervous’…huhu….memang menjadi kelaziman bagi mereka yang mengambil keputusan peperiksaan…tidak kira sama ada peperiksaan yang besar atau pun yang kecil...rakan-rakanku daripada sekolah ihsan juga ramai yang dapat keputusan yang cemerlang…walaupun sekolah aku sendiri tiada seorang yang dapat 9A…tetapi bagi aku tidak mengapa asalkan keputusan itu dapat mengembirakan hati/perasaan kedua orang tua kita,itu yang paling penting…nak undur pon sudah tidah boleh buat ape-ape….hendak menyesal  pun sudah terlambat…jadi kita terpaksalah menerima keputusa tersebut dengan kati yang terbuka dan redha…akhir sekali,dikesempatan ini aku ingin mengucapkan barakallahu fikum ajmain….w’salam…

Saturday, December 4, 2010

hijrah!!!

Assalamualaikum w.b.t…
Diharapkan semua dalam keadaan sihat sejahtera saja…kali ini saya mahu menulis didalam blog saya bertajuk “HIJRAH”….sambutan Maal hijrah akan disambut oleh seluruh umat islam di dunia ini,ia terletak keatas diri individu itu sendiri bagaimana cara menyambut sambutan tersebut.apakah yang dinamakan hijrah???hijrah adalah barpindah.Sebenarnya ada 3 definesi hijrah:
1-perpindahan ke satu tempat ke suatu tempat.
2-perpindahan fizikal,anggota dan emosi.
3-perpindahan dari buruk menjadi baik.
Firman Allah s.w.t yang bermaksud:
“janganlah kamu mencampakkan diri kamu ke lubang kebinasaan”(Surah Al-Baqarah)
Jadi yang menjadi masalahnya,jika kita berhijrah daripada baik ke buruk.itu adalah masalah besar terhadap individu tersebut.jika kita behijrah daripada baik kepada yang lebih baik itulah yang lebih baik sebenarnya.remaja hendaklah memainkan peraan yang penting kerana merekalah yang bakal menggantikan para pemimpin didunia ini pada masa akan datang.selaintu juga,kita kenalah menjaga lidah kita daripada cakap benda yang tidak elok.contohnya mengata benda-benda yang kesat.benda yang paling tajam didunia ini adalah LIDAH…kerana apa??nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda bahwasanya ramai orang yang masuk neraka kerana disebabkan lisan/lidah.dalam pepatah melayu ada juga menyebut “terlajak perahu boleh diundur,terlajak kata buruk padahnya”.kesimpulannya,marilah kita bersama-sama bermuhasabah diri kita mengingati kembali dosa-dosa yang lampau yang telah kita lakuakan dan memohon ampun kepada Allah Taala iaitu pencipta kita.WALLAHU A’ALAM…

Wednesday, November 17, 2010

BERTEMU BERPISAH KERANA ALLAH..

Assalamualaikum w.b.t…



Syukur Alhamdulillah kerana diberi peluang unutk menulis dan meng`update’ blog ini.Pada hari sabtu yang lepas,budak asrama  sekolah menengah islam al-irsyad telah mengadakan satu majlis…iaitu MAJLIS TUTUP KAMPUNG ASPURA 2010 dengan moto “BERTEMU DAN BERPISAH KERANA ALLAH”.Semamangnya majlis  ini diadakan setiap tahun sebelum pelajar asrama akan pulang ke kampung halaman masing-masing  pada akhir tahun.Tetapi majlis tutup kampung kali ini berlainan sedikit kerana mendapat sekongang  LCD kerana tahun-tahun sebelum ini tidak mengunakan LCD….ramai tetamu yang hadir pada malam tersebut…ana selaku AJK tempat perlu menyidiakan tempat makan,pentas dan sebagainya…jadi boleh katakana seharian kepenatan…tapi yang pasti memang `best gilerrr’…makanan semuanya `best’ belake….majlis ini juga dapat mengeratkan lagi hubungan antara abang-abang dan juga aik-adik….ana mengakui bahawa abang-abang form 5 tahun nie memang `sporting habizzz’…kudin,izzat,akram,naufal,nizam dan rasydan sumenye sporting belake…jadi ana pun mengambil kesempatan ini untuk bersama dengan dia orang…tambahan pula,tahun ini juga tahun terakhir ana dekat irsyad…so ana nak cari pengalaman&kenangan untuk dikenang….”setiap pertemuan pasti ada perpisahan”.I LUV U ALL

Sunday, October 24, 2010

سبحان الله,الحمد الله,الله اكبر

assalamualaikum...
alhamdulillah dan bersyukur kepada ALLAH S.W.T kerana dengan izinnya dapat ana menulis blog ini yang baru sahaja ana buat...baru-baru nie sekolah ana telah buat satu program...iaitu REHLAH PERDANA dan BBQ....ana rase seronok sangat...waktu kat sane ana banyak dapat pengalaman,penat dan letih...allahu akbar....selain itu,ana dapat mandi sungai,masak walaupun dari segi luar nampak lain tapi bile rase...perghh...MASYUK!!!hehe....disamping itu,ukhuwah diantara ana dan rakan-rakan semakin erat....ana rase tahun nielah paling bez sekali....inilah salah satu memori 2010 yang paling seronok sekali...alhamdulillah....dalam pada itu,ana dapat melihat kebesaran ALLAH S.W.T....subhanallah....kita hendaklah mengingati pencipta kita yang telah mencipta kita untuk melihat alam ini...bahkan didalam islam juga mengalakkan kita melihat dunia ini supaya dapat melihat kebesaran Allah taala....tidak kiralah samada pergi mesir,jordan,syria,iran,iraq,palestin dan lain-lain lagi.....apabila sesorang itu selalu melihat kebesaran Allah maka dia teringat kepada ALLAH...sebagai contoh:1)dia melihat gunung dia teringat ALLAH yang menciptakan gunung yang sangat tinggi dan besar..2)dia melihat gunung tersebut dan dia rase ALLAH ini MAHA HEBAT...3)akhir sekali,apabila dia melihat gunung tersebut dia terus takut yang amat sangat terhadap ALLAH....
والله اعلم