wall

Saturday, March 30, 2013

~Yakin dan Bersangka Baiklah~


Assalamulaikum w.b.t....
Alhamdulillah bersyukur kepada Allah kerana dengan keizinan-Nya dapat lagi penulis menyambung penulisan ini sebagai satu wasilah atau penyambungan untuk menyampaikan dakwah islam.

Baru-baru ini,calon-calon SPM 2012 telah menerima keputusan masing-masing.Tahniah diucapkan kepada semua calon-calon yang berjaya mendapat keputusan yang cemerlang dan kepada mereka yang tidak cemerlang jangan berputus asa tingkatkan lagi usaha anda agar lebih berjaya.Biarkan yang semalam itu menjadi sejarah,kita teruskan pandang ke hadapan dengan keazaman dan tekad yang baru.Kita hendaklah menerima dengan hati yang terbuka dengan apa yang kita telah kita kecapi dan kita juga harus yakin bahawa Allah telah menetukan segala-galanya dan Dialah yang Maha Mengetahui apa yang kita tidak ketahui.Pedulikan apa tanggapan orang yang buruk terhadap kita.Sebenarnya keputusan yang telah kita perolehi itulah yang paling terbaik buat kita yang telah ditetapkan oleh Allah s.w.t.Jadi,perkara yang penulis ingin tegaskan disini ialah KEYAKINAN DAN BERSANGKA BAIKLAH KEPADA ALLAH S.W.T.

Keyakinan itu perlu ada pada setiap diri masing-masing.Apabila kita menyakini bahawa Allah adalah sebaik-baik perancang,insyAllah natijahnya akan baik.Tetapi apabila kita kurang yakin maka lainlah jadinya.Sesetengah pihak menilai kecemerlangan seseorang individu itu dengan jumlah ‘A’ yang diperolehi.Penulis sangat tidak bersetuju jika kita menilai seseorang itu dengan penilaian akademik semata-mata.Bagi penulis,biarlah keputusan tidak cemerlang tetapi akhlak seseorang itu cemerlang.Tiada gunanya jika akademik bagus,tetapi akhlaknya kurang.Lebih malangnya lagi,jika akademik bagus,akhlaknya kurang dan pengetahuan ilmu agamanya kurang.AllahuAkbar.Jika itu berlaku keatas kita ia adalah satu kesilapan yang besar yang tidak patut seseorang individu ada.Jadi,ingat!akademik,akhlak dan pengetahuan agama haruslah seiring sehaluan.

Sabda Nabi Muhammad s.a.w mafhumnya,
            “Sesiapa yang menginginkan dunia,maka dia perlukan ilmu.Jika dia menginginkan akhirat,maka dia juga memerlukan ilmu.Sesiapa yang menginginkan kedua-duanya,maka ia juga memerlukan ilmu.”

“Bersangka baiklah terhadap Allah s.w.t kerana sesungguhnya Allah sangat hampir dengan sangkaan hamba-Nya”.Apabila seseorang itu ditimpa musibah tetapi dia berbaik sangka kepada Allah s.w.t maka InsyAllah Allah akan meringankan ujian yang menimpanya.Tetapi,jika dia berburuk sangka tehadap Allah s.w.t maka kita akan rasa ujian itu sangat berat.Mungkin Allah s.w.t menyimpan kejayaan kita dahulu kerana Allah ingin melihat keimanan hamba-Nya.Allah s.w.t sangat hebat dan baik kerana apa?Kerana Allah s.w.t memberikan sesuatu kebaikkan atau kejayaan itu tepat pada waktunya.

Kita sepatutnya bersyukur kepada Allah kerana memberikan ujian terhadap kita.Sebab apa kita perlu bersyukur dengan ujian tersebut?kerana yakinlah bahawa Allah s.w.t sangat menyayangi kita dan Dia ingin kita mendapat tarbiah(didikan) terus daripada-Nya.Mungkin kita tidak menyedarinya,kerana kita adalah taraf hamba disisi-Nya .Beruntunglah bagi sesiapa yang mendapat tarbiah secara terus daripada Allah s.w.t.Pengalaman juga adalah suatu didikan yang Allah bagi kepada kita.Sebab itu ada pepatah mengatakan “Experience is the best teacher” .

Kesimpulannya,janganlah kita berputus asa kerana tidak dapat apa yang kita kehendaki.Kita juga hendaklah sentiasa beristiqomah untuk meminta kepada Allah agar dikurniakan kejayaan kepada kita suatu hari nanti.Kita teruskan hidup kita dan terus pandang kehadapan dan jangan sesekali pandang ke belakang.Biarkan yang lepas itu menjadi sejarah.Jadikan kegagalan itu sebagai satu motivasi untuk diri kita untuk bangkit daripada kegagalan dan mencipta sejarah iaitu sebuah kejayaan yang tidak akan dilupakan.

Bismillahir Rahmanir Rahim,
Segala pujian ku panjatkan kepada-Mu,Wahai Tuhan Semesta Alam.Selawat dan salam keatas Baginda Sayyidina Muhammad,Ahli Keluarga Baginda,Para Sahabat Baginda,Tabi`in,Tabi’ Tabi`in,dan Hamba-Mu yang soleh.Ya Allah,ampunilah dosa-dosa kami dan Engkau rahmatilah kami.Ya Allah,Engkau buangkanlah sifat malas yang ada pada diri kami,suka menanangguh dan Engkau hindarilah kami daripada sifat nyanyuk/lupa.Engkau kurniakanlah kejayaan kami di dunia dan di akhirat.Allahuma Amien x3.Wasallahu ‘Ala Sayyidina Muhammad Wa ‘Ala Alihi Wa Sohbihi Ajma`in.Walhamdulillahir Rabbil ‘Alamin.Amien.

~Wallahu`alam~