wall

Saturday, February 26, 2011

memori lalu....

Assalamualaikum.....ahlan wasahlan fi kalam qalby....haha..hari nie nk cerite ckit pasal tuan pnye diri r...jam sekarang nih menunujukkan pukul 2.05 pagi....semua org dlm rumah semuanya dh tidur..just tinggal aku jew...daku menulis nih selepas bru jew berchating dgn kawan2 aku..ade yg member aku drpd sek rendah dan ade jugak yang drpd sekolah aku skrg nih...
tetibe jew hati aku teringat kenangan-kenangan/memori-memori yang indah...nk2 mcm waktu aku basuh kereta kat umah tadi..tetibe teringt kat bdk2 drjh 6 thun 2007...rse mcm nk jumpe dye owg semula..huhuu....
tapi dalam mase yang same aku judak pikir menegenai peperiksaan yang akan tibe x lme lagi dan juga MASISUPA 2011....banyak perkara yang perlu aku menghafal bukan setakat hafalan All-Quraan..malah matapelajaran yang lain seperti nahu,feqah,tauhid,adab nusus,mantiq dan sebagainya....bkn ckit2 yg perlu menghafal...ditambahkan lagi dengan homework yg telah diberi oleh cikgu....dan novel RENYAH yang belum lagi di habiskan dan nota-nota yang bertimbun...sejujurnya aku mengakui bahawa kadang2 aku rase malas nk pergi sekolah...dan idup ini mesti perlu berdikari....aku mengakui bahawa mmg badan aku akan terasa letih dan tidak bermaya...kalam qalby"wahai HUZAIFAH...sabarlah menghadapi dugaan ini...kerana sesungguhnya tiada kejayaan yang akan datang dgn kesenangan...sesungguhnya kejayaan itu akan datang dalam keadaan payah....hanya org yg berusaha shaja yang akan mendapat kejayaan...setiap kejayaan memerlukan pengorbanan yang amat  besar..."....
huzaifah semangatx3....jgn mudah berputus asa...enkaulah pemuda islam yang dicari-cari...come on....

Friday, February 25, 2011

~KEKASIH vs NABI????~

Assalamualaikum…sudah hampir 3 minggu daku tidak meng’update’ blog ini…dan dalam masa 3 minggu itu juga bnyak perkara-perkara yang ingin aku kongsikan bersama dengan pembaca blog ini….Alhamdulillah kerana pada hari ini diberi kesempatan untuk daku menulis menyambung risalahku ini….
baru-baru ini,sekolahku iaitu Sekolah Menengah Agama Bukit Ibam telah menghantar beberapa orang pelajar yang mewakili sekolah untuk bertanding  bersempena dengan sambutan Maulidur Rasul di Muadzam Shah….dalam pada itu,daku juga sebagai salah seorang pelajar yang menjadi wakil sekolah untuk pertandingan hafazan…daku bbersyukur kepada Allah S.W.T kerana dengan keizinannya dan ketatapannya daku telah dinobatkan sebagai naib johan pertandingan hafazan peringkat maulidur rasul…sungguh didalam hati ini,daku merasa gembira kerana dalam masa yang sama aku juga telah menaikkan  nama sekolah yang paling aku cintai dan aku tak dpt lupakannya iaitu Sekolah Islam Al-Irsyad….dan daku ingin mengambil kesempatan ini untuk menucapkan syukran jazilan kepada semua kawan-kawanku di SMABI yang bnyak membantu aku pada majlis tersebut….Alhamdulillah..
dan daku juga mewakili sekolahku dalam MASISUPA pada tahun ini di Sekolah  Menengah Agama Rompin uang akan menjadi tuan rumah MASISUPA pada tahun ini..huhu…walau bagaimana pun,aku masih mengharapkan doa kalian dan berkat para guruku yang banyak membantu aku terutamanya kepada guru hafazanku iaitu Al-Fadhil Mualim Muhd Fazli Muhd Nor(Al-Hafiz) yang telah banyak mengajarku segala ilmu yang berkait dengan kehidupan ini….
Kita pergi kepada topik yang asal yang ingin aku kedepankan masalah ini….sepeti mana yang kita tahu kelahiran jujungan besar kita iaitu Nabi Muhammad S.A.W pada tanggal hari Isnin, 12 Rabiulawal (20 April 571M)…..dan dalam pada masa yang sama,jika kita lihat didalam kelender pada tahun ini…sehari sebelum hari maulud nabi adalah hari kekasih atau lebih dikenali dengan valentine day….daku melihat bahawa di malaysia ramai org yang lebih mengetahui/mengingati hari kekasih berbanding dengan kelahiran Nabi Muhammad S.A.W…
Marilah kita bermuhasabah diri kita bersama,kita renungkan kembali sewaktu kewafatan Idola sepanjang zaman  iaitu Nabi Muhammad S.A.W….sewaktu Baginda didalam hujung nyawa….Baginda masih lagi memikirkan keadaan umatnya selepas kewafatan Banginda…..walhal,kita selalu melupakan junjungan besar kita….jika kita didalam “ambang kematian”,adakah kita akan mengingati Baginda atau orang lain????sudah pasti sewaktu kita didalam ambang kematian kita akan memikirkan tentang hal kita sendiri…Wajarkah kita  melakukan perkara sedemikian rupa terhadap Baginda????sememangya tidak wajar sama sekali….
Sewaktu kelahiran Baginda,kita disunatkan berselawat ke atsnya,tetapi sungguh kasihan  sekali kepada mereka sewaktu maulud nabi…mereka berfoya-foya,berdating dengan kekasih mereka,berdua-duaan di tempat yang tersembunyi yang boleh menimbulkan syak wasangka dan lain-lain lagi….bnyak pengorbanan yang dilakukan oleh Baginda terhadap agama,bangsa dan negara…..tanpa Baginda,kita tidak akan dapat nikmat islam yang telah kecapi sehingga kini….nikmay yang paling besar adalah nikmat ISLAM….kerana dengan Islam kita akan dapat memasuki syurga Allah S.W.T….walau sejahat mana sekalipun kita,walau sebanyak mana dosa kita,selagi kita tidak mensyirikkan Allah/menduakan Allah dengan sewaktu benda sekalipun kita akan dapat masuk syurga Allah Taala…
Kesimpulannya,marilah kita bersama-sama berselawat keatas Nabi junjungan besar  kita iaitu Nabi Muhammad S.A.W…. “ALLAHUMA SOLLI ALA MUHAMMAD WA A’LAA,ALIHI WA SAH BIHI AJMAI’IN”...

Wa Allahu A’lamm….

Saturday, February 5, 2011

<~MESIR~>

Assalamualaikum w.b.t…
Alhamdulillah dapat lagi daku menulis blog ini kembali…hehe…sebenarnya banyak cerita yang nak dikongsikan dekat blog ini tapi lagi baik kalau kita kongsikan perkara yang sedang hangat dibicarakan dunia masa kini…
Sudah tentu perkara yang sedang menjadi buah mulut adalah berkisar tentang Bumi Para Anbiya’ iaitu Al-Masri ataupun lebih dikenali sebagai Mesir/Egypt yang sedang berperang antara Puak Kerajaan dengan Anti-Kerajaan….
Daku mengetahui berita ini  selepas pengumuman yang dibuat pada  waktu pagi selepas sebahyang subuh yang mengatakan Mesir sedang kucar-kacir,perkara yang pertama aku fikir selepas diberitahu adalah tentang keadaan kakakku dan sahabat-sahabatku yang sedang menunut ilmu agama disana….
Perasaan sedih,bimbang dan sebagainya selalu bermain di fikaranku.Yang mampu Daku lakukan hanyalah berdoakan akan kesejahteraan,mudah-mudahan mereka selamat dan dilindungi oleh Allah Yang Maha Mengetahui,Lagi Maha Mengasihani.Harapanku cuma satu iaitu melihat mereka pulang dalam keadaan baik dan selamat.
Aku kasihan melihat bondaku yang kadang-kadang menangis pabila mendengar berita-berita terkini di kaca televisyen.Ialah aku memahami,ibu mana yang tidak bimbang apabila Negara yang diduduki oleh anaknya menjadi haru-biru??Daku pasti semua ibubapa yang anaknya belajar di Mesir pasti berperasaan sedemikian juga...
Kadang-kadang Daku rasa bertuah kerana berada di bumi Malaysia yang aman dan harmoni ini.Biarpun kadang-kadang masalah politik yang berlaku tetapi tidaklah seteruk Negara-negara yang lain.Tetapi apabila berlaku masalah politik ini aku tidaklah menyokong mana-mana pihak kerana Daku masih mentah dan belum layak untuk memperkatakan soal politik.
Tetapi kita hendaklah memilih pemerintah yang adil dan menegakkan agama Islam seperti Raja/Sultan yang memerintah Negara Konstantinopel(Istanbul) pada zaman Abasiyyah iaitu Sultan Muhammad Al-Fateh.
Kesimpulannya,marilah bersama-sama kita mendoakan rakyat Malaysia yang berada di Mesir agar selamat,dan marilah juga kita mendoakan supaya rakyat Mesir bersatu dan bersefahaman,kerana  USA dan Israel takut dengan Universiti Al-Azhar kerana Al-Azhar telah banyak melahirkan para ulama’ yang masyhur pada masa kini.Jadi ini hanyalah satu permainan atau tipu helah mereka untuk menjatuhkan Negara/bumi Para Anbiya’.Akhir kata,marilah kita mendokan agar bumi Mesir dipelihara daripada orang yang “ada udang di sebalik batu” didalam pemerintahannya.Didalam hadis ada menyatakan:-)
“Doa itu senjata bagi orang mukmin”(HADITH)
Jom berdoa bersama-sama,
“Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah,Lagi maha Pengasih.Selawat dan Salam keatas Jungjungan Besar Nabi Muhammad s.a.w dan Ahli Keluarganya,Para Sahabat,Wali Alllah,Alim Ulama’ dan Para Solehin.Ya Allah,Ya Tuhanku,Daku bermohon kepada-Mu,selamatkanlah dan peliharakanlah bumi Mesir daripada pemerintah yang ada niat jahat keatasnya.Engkau selamatkanlah kakakku,sahabat-sahabatku dan Umat Islam disana Ya Allah.Allahuma Amin,Allahuma Amin,Alllahuma Amin.Amin.”

Friday, February 4, 2011

~new_L0VER~

Assalamualaikum dan terima kasih diucapkan kepada semua yang sudi membaca blog ini.huhu…Anyway,I want to share my story about a new school(betul ke aku “speaking” nie??....lantak r..)huhu….
Baru-baru aku baru saje dapat sekolah…hampir sebulan aku duduk kat rumah tunggu bilelah nak sekolah ni..huhu..last2…Alhamdulillah dapat gak…haha…Nama sekolah baru Aku ialah Sekolah Menengah Agama Bukit IBam,Muadzam Shah.huhu.
On the way nak pergi Ibam tu memang macam-macam perasaan yang ada,takut,debar,excited sume ade…huhu…nak tidur dalam kereta pun tak boleh..huhu..macam-macamlah aku nie kan??haha
Duhulu nama sekolah aku Sekolah Menengah Islam Al-Irsyad,Kuantan…huhu..memang aku sayang giler2 kat sekolah irsyad because aku dah berada disitu sudah 9 tahun…umur aku sekarang 16 tahun…bayangkan separuh hidup aku ini aku habiskan disana .
Memang banyak kenangan manis&pahit semasa aku disana…tapi kalau nak ikutkan memang semua kenangan semuanya manis belaka.mana ada kenangan disekolah yang pahit..hak3...mybey sebab waktu tu aku kecik lagi kowt…sebab tulah aku ingat kenangan tuh kenangan pahit.huhu
Sekolah baru memang best…aku masuk jew kelas tengok-tengok ramai sangat pelajar perempuan daripada pelajar lelaki...aku ditempatkan di kelas 4 Perdagangan..huhu…jumlah pelajar kelas aku adalah lebih kurang 44 orang.terdiri daripada pelajar lelalaki seramai 15 orang dan selebihnya pelajar perempuan.
Lelaki satu baris panjang sahaja,manakala perempuan 2 baris panjang.dalam pada itu,aku bersyukur kepada Allah kerana budak sebelah aku adalah budak yang tidak banyak bercakap dan rasanya dia seorang yang baik.hahaha….
Sejujurnya aku ingin menyatakan bahawa aku sedang “jatuh cinta” dengan SMABI…tetapi aku tidak akan melupakan sekolah yang banyak berjasa dan yang paling aku sayangi iaitu Sekolah Menengah Islam Al-Irsyad,Kuantan.


Akhir kata,I LOVE IRSYAD AND SMABI <3….