wall

Friday, February 25, 2011

~KEKASIH vs NABI????~

Assalamualaikum…sudah hampir 3 minggu daku tidak meng’update’ blog ini…dan dalam masa 3 minggu itu juga bnyak perkara-perkara yang ingin aku kongsikan bersama dengan pembaca blog ini….Alhamdulillah kerana pada hari ini diberi kesempatan untuk daku menulis menyambung risalahku ini….
baru-baru ini,sekolahku iaitu Sekolah Menengah Agama Bukit Ibam telah menghantar beberapa orang pelajar yang mewakili sekolah untuk bertanding  bersempena dengan sambutan Maulidur Rasul di Muadzam Shah….dalam pada itu,daku juga sebagai salah seorang pelajar yang menjadi wakil sekolah untuk pertandingan hafazan…daku bbersyukur kepada Allah S.W.T kerana dengan keizinannya dan ketatapannya daku telah dinobatkan sebagai naib johan pertandingan hafazan peringkat maulidur rasul…sungguh didalam hati ini,daku merasa gembira kerana dalam masa yang sama aku juga telah menaikkan  nama sekolah yang paling aku cintai dan aku tak dpt lupakannya iaitu Sekolah Islam Al-Irsyad….dan daku ingin mengambil kesempatan ini untuk menucapkan syukran jazilan kepada semua kawan-kawanku di SMABI yang bnyak membantu aku pada majlis tersebut….Alhamdulillah..
dan daku juga mewakili sekolahku dalam MASISUPA pada tahun ini di Sekolah  Menengah Agama Rompin uang akan menjadi tuan rumah MASISUPA pada tahun ini..huhu…walau bagaimana pun,aku masih mengharapkan doa kalian dan berkat para guruku yang banyak membantu aku terutamanya kepada guru hafazanku iaitu Al-Fadhil Mualim Muhd Fazli Muhd Nor(Al-Hafiz) yang telah banyak mengajarku segala ilmu yang berkait dengan kehidupan ini….
Kita pergi kepada topik yang asal yang ingin aku kedepankan masalah ini….sepeti mana yang kita tahu kelahiran jujungan besar kita iaitu Nabi Muhammad S.A.W pada tanggal hari Isnin, 12 Rabiulawal (20 April 571M)…..dan dalam pada masa yang sama,jika kita lihat didalam kelender pada tahun ini…sehari sebelum hari maulud nabi adalah hari kekasih atau lebih dikenali dengan valentine day….daku melihat bahawa di malaysia ramai org yang lebih mengetahui/mengingati hari kekasih berbanding dengan kelahiran Nabi Muhammad S.A.W…
Marilah kita bermuhasabah diri kita bersama,kita renungkan kembali sewaktu kewafatan Idola sepanjang zaman  iaitu Nabi Muhammad S.A.W….sewaktu Baginda didalam hujung nyawa….Baginda masih lagi memikirkan keadaan umatnya selepas kewafatan Banginda…..walhal,kita selalu melupakan junjungan besar kita….jika kita didalam “ambang kematian”,adakah kita akan mengingati Baginda atau orang lain????sudah pasti sewaktu kita didalam ambang kematian kita akan memikirkan tentang hal kita sendiri…Wajarkah kita  melakukan perkara sedemikian rupa terhadap Baginda????sememangya tidak wajar sama sekali….
Sewaktu kelahiran Baginda,kita disunatkan berselawat ke atsnya,tetapi sungguh kasihan  sekali kepada mereka sewaktu maulud nabi…mereka berfoya-foya,berdating dengan kekasih mereka,berdua-duaan di tempat yang tersembunyi yang boleh menimbulkan syak wasangka dan lain-lain lagi….bnyak pengorbanan yang dilakukan oleh Baginda terhadap agama,bangsa dan negara…..tanpa Baginda,kita tidak akan dapat nikmat islam yang telah kecapi sehingga kini….nikmay yang paling besar adalah nikmat ISLAM….kerana dengan Islam kita akan dapat memasuki syurga Allah S.W.T….walau sejahat mana sekalipun kita,walau sebanyak mana dosa kita,selagi kita tidak mensyirikkan Allah/menduakan Allah dengan sewaktu benda sekalipun kita akan dapat masuk syurga Allah Taala…
Kesimpulannya,marilah kita bersama-sama berselawat keatas Nabi junjungan besar  kita iaitu Nabi Muhammad S.A.W…. “ALLAHUMA SOLLI ALA MUHAMMAD WA A’LAA,ALIHI WA SAH BIHI AJMAI’IN”...

Wa Allahu A’lamm….

No comments:

Post a Comment