wall

Saturday, February 5, 2011

<~MESIR~>

Assalamualaikum w.b.t…
Alhamdulillah dapat lagi daku menulis blog ini kembali…hehe…sebenarnya banyak cerita yang nak dikongsikan dekat blog ini tapi lagi baik kalau kita kongsikan perkara yang sedang hangat dibicarakan dunia masa kini…
Sudah tentu perkara yang sedang menjadi buah mulut adalah berkisar tentang Bumi Para Anbiya’ iaitu Al-Masri ataupun lebih dikenali sebagai Mesir/Egypt yang sedang berperang antara Puak Kerajaan dengan Anti-Kerajaan….
Daku mengetahui berita ini  selepas pengumuman yang dibuat pada  waktu pagi selepas sebahyang subuh yang mengatakan Mesir sedang kucar-kacir,perkara yang pertama aku fikir selepas diberitahu adalah tentang keadaan kakakku dan sahabat-sahabatku yang sedang menunut ilmu agama disana….
Perasaan sedih,bimbang dan sebagainya selalu bermain di fikaranku.Yang mampu Daku lakukan hanyalah berdoakan akan kesejahteraan,mudah-mudahan mereka selamat dan dilindungi oleh Allah Yang Maha Mengetahui,Lagi Maha Mengasihani.Harapanku cuma satu iaitu melihat mereka pulang dalam keadaan baik dan selamat.
Aku kasihan melihat bondaku yang kadang-kadang menangis pabila mendengar berita-berita terkini di kaca televisyen.Ialah aku memahami,ibu mana yang tidak bimbang apabila Negara yang diduduki oleh anaknya menjadi haru-biru??Daku pasti semua ibubapa yang anaknya belajar di Mesir pasti berperasaan sedemikian juga...
Kadang-kadang Daku rasa bertuah kerana berada di bumi Malaysia yang aman dan harmoni ini.Biarpun kadang-kadang masalah politik yang berlaku tetapi tidaklah seteruk Negara-negara yang lain.Tetapi apabila berlaku masalah politik ini aku tidaklah menyokong mana-mana pihak kerana Daku masih mentah dan belum layak untuk memperkatakan soal politik.
Tetapi kita hendaklah memilih pemerintah yang adil dan menegakkan agama Islam seperti Raja/Sultan yang memerintah Negara Konstantinopel(Istanbul) pada zaman Abasiyyah iaitu Sultan Muhammad Al-Fateh.
Kesimpulannya,marilah bersama-sama kita mendoakan rakyat Malaysia yang berada di Mesir agar selamat,dan marilah juga kita mendoakan supaya rakyat Mesir bersatu dan bersefahaman,kerana  USA dan Israel takut dengan Universiti Al-Azhar kerana Al-Azhar telah banyak melahirkan para ulama’ yang masyhur pada masa kini.Jadi ini hanyalah satu permainan atau tipu helah mereka untuk menjatuhkan Negara/bumi Para Anbiya’.Akhir kata,marilah kita mendokan agar bumi Mesir dipelihara daripada orang yang “ada udang di sebalik batu” didalam pemerintahannya.Didalam hadis ada menyatakan:-)
“Doa itu senjata bagi orang mukmin”(HADITH)
Jom berdoa bersama-sama,
“Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah,Lagi maha Pengasih.Selawat dan Salam keatas Jungjungan Besar Nabi Muhammad s.a.w dan Ahli Keluarganya,Para Sahabat,Wali Alllah,Alim Ulama’ dan Para Solehin.Ya Allah,Ya Tuhanku,Daku bermohon kepada-Mu,selamatkanlah dan peliharakanlah bumi Mesir daripada pemerintah yang ada niat jahat keatasnya.Engkau selamatkanlah kakakku,sahabat-sahabatku dan Umat Islam disana Ya Allah.Allahuma Amin,Allahuma Amin,Alllahuma Amin.Amin.”

No comments:

Post a Comment