wall

Friday, June 3, 2011

~bertanggungjawablah~

Assalamualaikum w.b.t  wahai saudara-saudaraku sekalian….alhamdulillah bersyukur kehadrat ilahi kerana dengan keizinannya dapat lagi menulis kembali laman blog ini yang tidak seberapa indah ini…sudah lama agaknya penulis tidak mengupdate blog ini…bukan kerana apa Cuma kesibukan di sekolah sahaja….maklumlah pada tahun ini penulis akan mengambil suatu peperiksaan yang mungkin agak besar bagi penulis kerana ia menentukan masa depan untuk menjadi seorang pendakwah dan juga sebagai seorang peguam yang bakal menegakkan sistem-sistem  perundangan islam akan datang….InsyAllah….mudah-mudahan Allah membantu kearah itu….aminn…
Kali ini penulis akan membicarakan tentang soal TANGGUNGJAWAB….topik ini sangat luas dan umum….jadi insyAllah penulis akan mencuba sedaya upaya penulis untuk mengupas topik ini….erti kata lain selain daripada tanggungjwab adalah Amanah….benda yang paling berat dimuka bumi ini adalah AMANAH…
Antara tanggungjawab-tanggungjawab:-
1.ALLAH  sebagai seorang hamba.
2.ANAK  terhadap ibubapa.
3.PELAJAR  terhadap guru dan ilmu.
4.MANUSIA sebagai seorang sahabat&saudara.
5.PEMIMPIN yang bertanggungjawab dan amanah.

Amanah perkara yang paling berat???
Ya.memang benar amanah adalah perkara yang paling berat dimuka bumi ini…Kerana didalam hadis ada menyebutkan perihal amanah ini yang di riwayatkan oleh imam muslim:-)
Tanda-tanda orang munafikada tiga, yaitu bila berbicara dusta, bila berjanji tidak ditepati, dan bila diamanati dia berkhianat. (HR. Muslim)
Jadi amanah ini hingga membolehkan sesorang itu menjadi munafik jika ia mengkhianatinya….wahai saudara-saudaraku sekalian,secara jujurnya dan yang terdetik didalam kalamqalby ini,penulis juga berasa amat takut sekali akan tanggungjawab-tanggungjawab yang sedang dipikul oleh penulis….

DISOAL DIDALAM KUBUR???     
Wahai saudara-saudaraku sekalian….ingatlah bahawa diakhirat kelak kita akan ditanya bagaimana dengan tanggungjawab yang kita pikul.....dalilnya tersebut didalam hadis:
·         Hadis riwayat Ibnu Umar ra.:
Dari Nabi saw. bahwa beliau bersabda: Ingatlah! Masing-masing kamu adalah pemimpin dan masing-masing kamu akan dimintai pertanggungjawaban atas apa yang dipimpinnya. (Shahih Muslim)

Pemimpin bukan sekadar menjadi seorang pemimpin Negara ataupun sesebuah organisasi….kita perlu ingat bahawa tanggungjawab kita sebagai seorang yang mengaku bahawa LA ILAHA ILLALLAH”.
Saudara-saudaraku yang dikasihi Allah sekalian…tanggungjawab orang yang mengaku bahawa tiada tuhan selain Allah dan nabi Muhammad itu pesuruh Alah adalah sebagai seorang pendakwah….mungkin ramai yang mungkin tidak ambil kisah atau mungkin tidak tahu….saudara-saudara boleh rujuk dalam Kitab Madha Ya’ni Intima’I Lil-Islam(Apa Ertinya Saya Menganut Agama Islam) karya Fathi Yakan…

Kesimpulanya,marilah kita bersama-sama menjadi seorang pemimpin yang Berjaya didunia dan diakhirat dan jadilah seorang pemimpin yang baik,tidak menzalimi orang bawahan dan yang memiliki ciri-ciri islam yang indah dan yang terpuji…Akhirulkalam,penulis kepilkan sebuah hadis untuk renungan bersama….
·         Hadis riwayat Abu Hurairah ra.:
Dari Nabi saw. beliau bersabda: Barang siapa yang mentaatiku berarti ia telah mentaati Allah, dan barang siapa yang mendurhakai perintahku, maka berarti ia telah mendurhakai Allah. Barang siapa yang mematuhi pemimpin berarti ia telah mematuhiku dan barang siapa yang mendurhakai pemimpin berarti ia telah mendurhakaiku. (Shahih Muslim No.3417)

Selawat dan salam untuk junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w dan kepada keluarga dan para sahabat Baginda….Wassalam…
*****semoga penulisan ini dapat menaikkan semangat penulis untuk menjadi seorang yang lebih bertanggungjawab sebagai seorang hamba yang hina,anak,pelajar,sahabat dan pemimpin yang Berjaya didunia dan di akhirat…*****