wall

Sunday, December 9, 2012

Bersyukurlah kamu...

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh...
Ahlan wasahlan.Kaifa Halukum?Alhamdulillah dapat lagi penulis melakukan sedikit senaman untuk jari jemari  penulis yang sudah lama tidak digerak-gerakkan dan direngangkan untuk meng'update' blog ini,almaklumlah SPM..tapi penulis bersyukur tidak terhingga kerana penulis berjaya menempuh dengan penuh dugaan dan kesabaran untuk menhabiskan semua kertas.Alhamdulillah.Kepada mereka yang baru sahaja selesai SPM,apakah perancangan anda semua selepas SPM ini?Pasti ramai yang ingin membuat lesen,sambung belajar,bercuti bersam rakan-rakan mahupun keluarga,bekerja untuk mencari duit poket untuk belanja sakan,dan mungkin juga ada yang tidak mahu buat apa-apa dan ingin meng'qadha'kan masa tidurnya dalam  cuti ini sepuas-puasnya.Apa-apa pun penulis berharap agar semua melakukan perkara-perkara yang berfaedah dan semoga diberkati Allah...

Apa pula perancangan penulis?Baiklah...pada hari selasa minggu depan penulis akan mengikuti sebuah rombongan yang dianjurkan oleh sekolah penulis iaitu Sek Men Agama Bukit Ibam,Muadzam Shah ke Kuala Lumpur.Walaupun penulis sudah beberapa kali mengunjungi ke Kuala Lumpur tetapi kali ini penulis mengikuti rombongan tersebut kerana ingin melakar jutaan kenangan bersama dengan teman-teman penulis di sekolah sana.Mungkin juga ini adalah pertemuan terakhir penulis bersama mereka,kerana selepas ini pasti mereka akan membuat hal masing-masing untuk masa depan mereka dan untuk mengejar cita-cita mereka.Tak sabar rasanya menunggu hari esok.

Tapi malangya,ada juga teman-teman penulis yang tidak mengikuti rombongan ini.Sedih rasanya,tetapi sebagai seorang sahabat penulis sepatutnya menerima dengan hati yang terbuka kerana mungkin teman penulis mengalami masalah tertentu dan pasti Allah menyembunyikan 1001 hikmah.Penulis telah mendapat satu mesej daripada seorang teman penulis yang berkongsi masalah dengan penulis.Penulis sangat bersimpati dengan nasibnya,tapi penulis mengharapkan yang terbaik buatnya.Sewaktu penulis mendengar segala masalah tersebut,terdetik dihati penulis mengatakan bahawa "Engkau masih beruntung dikurniakan beberapa nikmat,tetapi mengapa engkau masih lagi tidak mensyukurinya lagi???".Ya Allah,baru penulis teringat yang sebenarnya masih ada lagi sahabat-sahabat kita yang masih kurang bernasib baik.Astaghfirullah x3!!!Ampunkan Daku Ya Allah....hati penulis tetiba rasa sebak....

Beliau merupakan antara yang rapat dengan penulis kerana kami duduk sebumbung.Ya Allah,tabahkanlah hati ini.Cekalkan hati dia Ya Allah.Lebih menyedihkan apabila penulis mendengar ramai yang tidak jadi mengikuti rombongan tersebut.Itu baru tentang penulis?Bagaimana pula dengan saudara seislam kita di Palestin?

Alhamdulillah.Penulis sentiasa meninjau Aman Palestin page yang sentiasa meng'update' status yang menyenangkan hati penulis sejak kebelakangan ini.Bantuan Malaysia ke Bumi Al-Quds akhirnya berjaya.Syukur sangat.Kunjungan sukarelawan Aman Palestin disambut dengan gembira dan baik dan mereka ada mengatakan bahawa bumi Palestin adalah Bumi Malaysia juga.Penulis lebih tertarik dengan jawapan yang dijawab oleh pemuda-pemuda di Palestin selepas ditanya bila besar nanti hendak menjadi apa?jawab pemuda tersebut "Kami ingin menjadi seorang pejuang yang akan membebaskan Palestin suatu hari nanti.Subhanallah.Hebat jawapan mereka.

Kesimpulannya,perkara yang ingin cuba penulis sampaikan antara kisah di Palestin ini dengan kisah yang penulis ceritakan ialah tentang nikmat yang Allah kurniakan yang telah kita kecapi tetapi masih ada lagi yang kurang bernasib baik.Jesteru itu,marilah kita panjatkan rasa syukur kita kepada Allah akan nikmat yang dikurniakan.

Wallahu 'Alam.


p/s:gembira jumpa dengan seorang insan yang cukup istimewa di Perhentian Temerloh sewaktu dalam perjalanan pulang ke Kuantan dari Kuala Lumpur.Gembira sangat-sangat.Sudah lama penulis berharap berjumpa dengan beliau.Beliau merupakan guru al-quraan penulis di sebuah Ma'had Tahfiz Al-Quraan di Kuantan.Semoga Allah memberkati beliau.

Tuesday, May 29, 2012

~Maafkan hamba~

Dengan lafaz yang Mulia,
Bismillahir Rahmanir Rahim(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasihani),
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.
Selawat dan Salam diraf'akan dulu,kini dan selamaya kepada Baginda Nabi Muhammad S.A.W,manusia yang paling mulia sekalian alam,Ahli-ahli Keluarga Baginda,Para Sahabat Baginda,Para Tabi'in,Para Tab'i Tab'iin,Para Ulama,Para Salafus Soleh dan Hamba-hambanya yang Soleh&Solehah.

Alahamdulillah,,,segala lafaz pujian di panjatkan kepada Allah S.W.T kerana di beri keizinan dan kesempatan untuk meneruskan penulisan dalam laman blog Kalam Qalby ini.Sudah lama penulis tidak menambah apa-apa didalam laman blog ini,penulis hanya singgah sebentar untuk melihat sebarang komen atau apa-apa yang berlaku dalam laman blog ini.Alhamdulillah kerja dakwah penulis di tempat pengajian penulis semakin baik dan para pelajar disana Alhamdulillah ingin mendengar lagi makanan rohani untuk santapan bersama.Pertamanya,penulis ingin mengucapkan tahniah kepada AJK Pelaksana Kem Ibadah 2012 kerana telah memberikan komitmen yang sangat baik dan berpuas hati untuk adik-adik tingkatan 1 yang masih baru.Tanpa antum semua ana pasti kem ibadah tersebut tidak akan berjalan dengan lancar.Kita cuma mengambil masa yang sangat singkat untuk menjayakan program tersebut hanya seminggu tetapi Alhamdulillah semua berjalan dengan teratur dan sistematik.Tahniah buat antum semua.Mabruk 'Alaikum.

Didalam Qalby penulis sekarang ini masih lagi bersalah dengan diri penulis sendiri dan terhadap sahabat-sahabat penulis.Sebelum itu,penulis ingin memohon maaf atas segala kesalahan penulis terhadap sesiapa yang telah tersinggung dengan penulis.Penulis juga ingin memohon maaf ke atas sahabat-sahabat penulis kerana gagal menjadi sahabat yang terbaik buat antum semua sepanjang ukhuwah kita terjalin.Harap segala dosa penulis di ampunkan,kerana dosa sesama manusia hanya manusia itu sahaja yang boleh memaafkan.

Allah telah menguji penulis dalam hubungan sesama sahabat,tetapi penulis gagal dalam menjalankan tanggungjwab penulis terhadap kalian semua.Sewaktu kalian melakukan kemungakaran,sepatutnya penulis mencegah kalian dengan menggunakan kuasa yang ada pada penulis sebagai seorang pendakwah dan saudara sesama muslim,tetapi penulis gagal melakukannya.Kemudian dengan lisan,tetapi penulis gagal juga untuk melakukan perkara tersebut.Tetapi,penulis hanya mampu menggunakan hati sahaja.Terasa lemah sungguh iman penulis.Punca penulis gagal mencegah adalah kerana faktor rakan sebaya dan teman rapat.Memang penulis akui memang payah untuk menegur rakan sebaya kita,bukan?!kerana itulah penulis rasa gagal dalam ukhuwah kita wahai sahabat.

Sekali lagi penulis ingin memohon maaf kepada antum semua.Ana sedang mencuba untuk menjadi yang terbaik buat antum semua.Tetapi ana juga bermohon agar antum semua membantu diri antum juga,kerana Allah telah berfirman didalam Surah Ar-R'add yang bermaksud:-)
                         "........ALLAH TIDAK AKAN MENGUBAH SESUATU KAUM ITU MELAINKAN KAUM ITU SENDIRI YANG MENGUBAH DIRI MEREKA SENDIRI......."

Bismillahir Rahmanir Rahim,,,
      "Ya Allah,Ya Tuhanku,Selawat dan Salam ke atas Nabi junjungan Muhammad S.A.W.Ya Allah,Engkau bantulah hamba-Mu yang hina ini dalam kerja dakwah-Mu....bantulah hamba-Mu ini untuk menjadi seorang sahabat yang terbaik buat teman-temanku,sahabat-sahabatku,Ya Allah,sahabat di dunia di akhirat....Ya Allah,,,Engkau bukakanlah hati-hati mereka dan hati-hati ini mengetahui kemungkaran yang dilakukan.Ya Allah,,,Engkau jadikanlah sahabat-sahabatku seperti Abu Bakr,Uthman Affan,Ali,Khalid dan Umar,Ya Allah.Ya Allah,buangkanlah sifat penakut yang ada dalam diri hamba-Mu yang penakut ini dengan sifat berani untuk menegur sahabat-sahabatku.Ya Allah,Engkau maafkanlah kesalahannya kerana sewaktu itu mereka di goda oleh musuh kami yang nyata iaitu iblis dan syaitan Laknatullahi 'Alaih.Engkau lindungilah sahabat-sahabatku daripada iblis dan syaitan yang direjam.Ya Allah,Engkau satu padukanlah dan eratkanlah hatiku dan hati-hati sahabatku dalam keimanan terhadap-Mu...Allahuma Amien....Allahuma Amien....Allahuma Amien...Wa Sallahu 'Ala Sayyidina Muhammad Wa 'Ala 'Alihi Wa Shahbihi Wa Sallam....Amien Ya Rabbal 'Alamin..."

Amien....

p/s:hiburan untuk menguatkan hati.....



Friday, February 24, 2012

mana patut???

Assalamualaikum....
Alhamdulillah bersyukur kepada yang Maha Esa kerana dapat lagi penulis menyambug risalah yang tidak seberapa ini,,,,baiklak rasanya penulis ingin bertanya,,,,,antara perhubungan dengan kawan dan juga tanggungjawab  manakah yang lebih perlu didahulukan???

Bagi penulis kita hendakalah selari,,,,tetapi bagi pandangan seseorang pasti lain bukan???cume yang mngetahui hanya antara empunya diri dengan Allah sahaja yang tahu....penulis amat bersyukur kepada Allah kerana telah mengurniakan kepada penulis rakan-rakan yang banyak karenahnya,,,,lain orang lain ragam,,,,tapi ingatlah,,,jika kita ingin memuaskan hati semua orang,sudah tentu tidak boleh,,,,,habis itu bagaimana????apakah jalan penyelesaiannya????

Disini,penulis teringat akan suatu cerita yang mengisahkan seorang bapa dengan seoarang anak yang melalui di sebuah bandar....pada awalnya,bapa menyuruh anaknya itu menaiki unta yang dibawanya.....sewaktu dalam perjalanan si anak tersebut mendengar bisikan/ suara-suara masyarakat disekelilingnya berkata "adakah patut bapa dibiarkan berjalan???"jadi si anak ini terasa dengan kata-kata tersebut...si anak ini pun turun daripada unta tersebut dan menyuruh si bapa ini pula yang menaiki unta yang di bawa bersama,,,,didalam perjalanan,,,,si bapa ini pula terdengar suara yang mengatakan "apalah si bapa ini,,,adakah patut dia membiarkan anaknya berjalan kaki,sedangkan si bapa ini pula senang lenang.....selepas itu,si bapa ini pun turun daripada unta tersebut dan menyuruh anaknya menaiki semula unta tersebut....kejadian ini berlaku berulang kali....jadi apakah moral dalam kisah yang telah penulis ceritakan tadi???

so,the moral value disini adalah,,,jika kita hendak memuaskan hati semua orang sudah tentu tidak lepas,,,,tetapi jika kita memuaskan hati banyak pihak itu adalah yang terbaik,,,,pendek kata,,,,,jangan telalu mendengar cakap orang,,,yakin dan ikut kata-kata hati yang berbisik,,,,insyAllah akan berjaya,,,InsyAllah....
sebagai penutup kata,,,,marilah kita menunaikan tanggungjawab kita disamping menjaga jalinan ukhuwah yang telah dibina......WallahuA'lam....