wall

Sunday, December 9, 2012

Bersyukurlah kamu...

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh...
Ahlan wasahlan.Kaifa Halukum?Alhamdulillah dapat lagi penulis melakukan sedikit senaman untuk jari jemari  penulis yang sudah lama tidak digerak-gerakkan dan direngangkan untuk meng'update' blog ini,almaklumlah SPM..tapi penulis bersyukur tidak terhingga kerana penulis berjaya menempuh dengan penuh dugaan dan kesabaran untuk menhabiskan semua kertas.Alhamdulillah.Kepada mereka yang baru sahaja selesai SPM,apakah perancangan anda semua selepas SPM ini?Pasti ramai yang ingin membuat lesen,sambung belajar,bercuti bersam rakan-rakan mahupun keluarga,bekerja untuk mencari duit poket untuk belanja sakan,dan mungkin juga ada yang tidak mahu buat apa-apa dan ingin meng'qadha'kan masa tidurnya dalam  cuti ini sepuas-puasnya.Apa-apa pun penulis berharap agar semua melakukan perkara-perkara yang berfaedah dan semoga diberkati Allah...

Apa pula perancangan penulis?Baiklah...pada hari selasa minggu depan penulis akan mengikuti sebuah rombongan yang dianjurkan oleh sekolah penulis iaitu Sek Men Agama Bukit Ibam,Muadzam Shah ke Kuala Lumpur.Walaupun penulis sudah beberapa kali mengunjungi ke Kuala Lumpur tetapi kali ini penulis mengikuti rombongan tersebut kerana ingin melakar jutaan kenangan bersama dengan teman-teman penulis di sekolah sana.Mungkin juga ini adalah pertemuan terakhir penulis bersama mereka,kerana selepas ini pasti mereka akan membuat hal masing-masing untuk masa depan mereka dan untuk mengejar cita-cita mereka.Tak sabar rasanya menunggu hari esok.

Tapi malangya,ada juga teman-teman penulis yang tidak mengikuti rombongan ini.Sedih rasanya,tetapi sebagai seorang sahabat penulis sepatutnya menerima dengan hati yang terbuka kerana mungkin teman penulis mengalami masalah tertentu dan pasti Allah menyembunyikan 1001 hikmah.Penulis telah mendapat satu mesej daripada seorang teman penulis yang berkongsi masalah dengan penulis.Penulis sangat bersimpati dengan nasibnya,tapi penulis mengharapkan yang terbaik buatnya.Sewaktu penulis mendengar segala masalah tersebut,terdetik dihati penulis mengatakan bahawa "Engkau masih beruntung dikurniakan beberapa nikmat,tetapi mengapa engkau masih lagi tidak mensyukurinya lagi???".Ya Allah,baru penulis teringat yang sebenarnya masih ada lagi sahabat-sahabat kita yang masih kurang bernasib baik.Astaghfirullah x3!!!Ampunkan Daku Ya Allah....hati penulis tetiba rasa sebak....

Beliau merupakan antara yang rapat dengan penulis kerana kami duduk sebumbung.Ya Allah,tabahkanlah hati ini.Cekalkan hati dia Ya Allah.Lebih menyedihkan apabila penulis mendengar ramai yang tidak jadi mengikuti rombongan tersebut.Itu baru tentang penulis?Bagaimana pula dengan saudara seislam kita di Palestin?

Alhamdulillah.Penulis sentiasa meninjau Aman Palestin page yang sentiasa meng'update' status yang menyenangkan hati penulis sejak kebelakangan ini.Bantuan Malaysia ke Bumi Al-Quds akhirnya berjaya.Syukur sangat.Kunjungan sukarelawan Aman Palestin disambut dengan gembira dan baik dan mereka ada mengatakan bahawa bumi Palestin adalah Bumi Malaysia juga.Penulis lebih tertarik dengan jawapan yang dijawab oleh pemuda-pemuda di Palestin selepas ditanya bila besar nanti hendak menjadi apa?jawab pemuda tersebut "Kami ingin menjadi seorang pejuang yang akan membebaskan Palestin suatu hari nanti.Subhanallah.Hebat jawapan mereka.

Kesimpulannya,perkara yang ingin cuba penulis sampaikan antara kisah di Palestin ini dengan kisah yang penulis ceritakan ialah tentang nikmat yang Allah kurniakan yang telah kita kecapi tetapi masih ada lagi yang kurang bernasib baik.Jesteru itu,marilah kita panjatkan rasa syukur kita kepada Allah akan nikmat yang dikurniakan.

Wallahu 'Alam.


p/s:gembira jumpa dengan seorang insan yang cukup istimewa di Perhentian Temerloh sewaktu dalam perjalanan pulang ke Kuantan dari Kuala Lumpur.Gembira sangat-sangat.Sudah lama penulis berharap berjumpa dengan beliau.Beliau merupakan guru al-quraan penulis di sebuah Ma'had Tahfiz Al-Quraan di Kuantan.Semoga Allah memberkati beliau.

No comments:

Post a Comment