wall

Tuesday, May 29, 2012

~Maafkan hamba~

Dengan lafaz yang Mulia,
Bismillahir Rahmanir Rahim(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasihani),
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.
Selawat dan Salam diraf'akan dulu,kini dan selamaya kepada Baginda Nabi Muhammad S.A.W,manusia yang paling mulia sekalian alam,Ahli-ahli Keluarga Baginda,Para Sahabat Baginda,Para Tabi'in,Para Tab'i Tab'iin,Para Ulama,Para Salafus Soleh dan Hamba-hambanya yang Soleh&Solehah.

Alahamdulillah,,,segala lafaz pujian di panjatkan kepada Allah S.W.T kerana di beri keizinan dan kesempatan untuk meneruskan penulisan dalam laman blog Kalam Qalby ini.Sudah lama penulis tidak menambah apa-apa didalam laman blog ini,penulis hanya singgah sebentar untuk melihat sebarang komen atau apa-apa yang berlaku dalam laman blog ini.Alhamdulillah kerja dakwah penulis di tempat pengajian penulis semakin baik dan para pelajar disana Alhamdulillah ingin mendengar lagi makanan rohani untuk santapan bersama.Pertamanya,penulis ingin mengucapkan tahniah kepada AJK Pelaksana Kem Ibadah 2012 kerana telah memberikan komitmen yang sangat baik dan berpuas hati untuk adik-adik tingkatan 1 yang masih baru.Tanpa antum semua ana pasti kem ibadah tersebut tidak akan berjalan dengan lancar.Kita cuma mengambil masa yang sangat singkat untuk menjayakan program tersebut hanya seminggu tetapi Alhamdulillah semua berjalan dengan teratur dan sistematik.Tahniah buat antum semua.Mabruk 'Alaikum.

Didalam Qalby penulis sekarang ini masih lagi bersalah dengan diri penulis sendiri dan terhadap sahabat-sahabat penulis.Sebelum itu,penulis ingin memohon maaf atas segala kesalahan penulis terhadap sesiapa yang telah tersinggung dengan penulis.Penulis juga ingin memohon maaf ke atas sahabat-sahabat penulis kerana gagal menjadi sahabat yang terbaik buat antum semua sepanjang ukhuwah kita terjalin.Harap segala dosa penulis di ampunkan,kerana dosa sesama manusia hanya manusia itu sahaja yang boleh memaafkan.

Allah telah menguji penulis dalam hubungan sesama sahabat,tetapi penulis gagal dalam menjalankan tanggungjwab penulis terhadap kalian semua.Sewaktu kalian melakukan kemungakaran,sepatutnya penulis mencegah kalian dengan menggunakan kuasa yang ada pada penulis sebagai seorang pendakwah dan saudara sesama muslim,tetapi penulis gagal melakukannya.Kemudian dengan lisan,tetapi penulis gagal juga untuk melakukan perkara tersebut.Tetapi,penulis hanya mampu menggunakan hati sahaja.Terasa lemah sungguh iman penulis.Punca penulis gagal mencegah adalah kerana faktor rakan sebaya dan teman rapat.Memang penulis akui memang payah untuk menegur rakan sebaya kita,bukan?!kerana itulah penulis rasa gagal dalam ukhuwah kita wahai sahabat.

Sekali lagi penulis ingin memohon maaf kepada antum semua.Ana sedang mencuba untuk menjadi yang terbaik buat antum semua.Tetapi ana juga bermohon agar antum semua membantu diri antum juga,kerana Allah telah berfirman didalam Surah Ar-R'add yang bermaksud:-)
                         "........ALLAH TIDAK AKAN MENGUBAH SESUATU KAUM ITU MELAINKAN KAUM ITU SENDIRI YANG MENGUBAH DIRI MEREKA SENDIRI......."

Bismillahir Rahmanir Rahim,,,
      "Ya Allah,Ya Tuhanku,Selawat dan Salam ke atas Nabi junjungan Muhammad S.A.W.Ya Allah,Engkau bantulah hamba-Mu yang hina ini dalam kerja dakwah-Mu....bantulah hamba-Mu ini untuk menjadi seorang sahabat yang terbaik buat teman-temanku,sahabat-sahabatku,Ya Allah,sahabat di dunia di akhirat....Ya Allah,,,Engkau bukakanlah hati-hati mereka dan hati-hati ini mengetahui kemungkaran yang dilakukan.Ya Allah,,,Engkau jadikanlah sahabat-sahabatku seperti Abu Bakr,Uthman Affan,Ali,Khalid dan Umar,Ya Allah.Ya Allah,buangkanlah sifat penakut yang ada dalam diri hamba-Mu yang penakut ini dengan sifat berani untuk menegur sahabat-sahabatku.Ya Allah,Engkau maafkanlah kesalahannya kerana sewaktu itu mereka di goda oleh musuh kami yang nyata iaitu iblis dan syaitan Laknatullahi 'Alaih.Engkau lindungilah sahabat-sahabatku daripada iblis dan syaitan yang direjam.Ya Allah,Engkau satu padukanlah dan eratkanlah hatiku dan hati-hati sahabatku dalam keimanan terhadap-Mu...Allahuma Amien....Allahuma Amien....Allahuma Amien...Wa Sallahu 'Ala Sayyidina Muhammad Wa 'Ala 'Alihi Wa Shahbihi Wa Sallam....Amien Ya Rabbal 'Alamin..."

Amien....

p/s:hiburan untuk menguatkan hati.....



No comments:

Post a Comment