Assalamulaikum
w.b.t....
Alhamdulillah bersyukur kepada Allah kerana dengan
keizinan-Nya dapat lagi penulis menyambung penulisan ini sebagai satu wasilah
atau penyambungan untuk menyampaikan dakwah islam.
Baru-baru ini,calon-calon SPM 2012 telah menerima keputusan
masing-masing.Tahniah diucapkan kepada semua calon-calon yang berjaya mendapat
keputusan yang cemerlang dan kepada mereka yang tidak cemerlang jangan berputus
asa tingkatkan lagi usaha anda agar lebih berjaya.Biarkan yang semalam itu
menjadi sejarah,kita teruskan pandang ke hadapan dengan keazaman dan tekad yang
baru.Kita hendaklah menerima dengan hati yang terbuka dengan apa yang kita
telah kita kecapi dan kita juga harus yakin bahawa Allah telah menetukan
segala-galanya dan Dialah yang Maha Mengetahui apa yang kita tidak ketahui.Pedulikan
apa tanggapan orang yang buruk terhadap kita.Sebenarnya keputusan yang telah
kita perolehi itulah yang paling terbaik buat kita yang telah ditetapkan oleh
Allah s.w.t.Jadi,perkara yang penulis ingin tegaskan disini ialah KEYAKINAN DAN BERSANGKA BAIKLAH KEPADA
ALLAH S.W.T.
Keyakinan itu perlu ada pada setiap diri
masing-masing.Apabila kita menyakini bahawa Allah adalah sebaik-baik perancang,insyAllah
natijahnya akan baik.Tetapi apabila kita kurang yakin maka lainlah jadinya.Sesetengah
pihak menilai kecemerlangan seseorang individu itu dengan jumlah ‘A’ yang
diperolehi.Penulis sangat tidak bersetuju jika kita menilai seseorang itu
dengan penilaian akademik semata-mata.Bagi penulis,biarlah keputusan tidak
cemerlang tetapi akhlak seseorang itu cemerlang.Tiada gunanya jika akademik
bagus,tetapi akhlaknya kurang.Lebih malangnya lagi,jika akademik
bagus,akhlaknya kurang dan pengetahuan ilmu agamanya kurang.AllahuAkbar.Jika
itu berlaku keatas kita ia adalah satu kesilapan yang besar yang tidak patut
seseorang individu ada.Jadi,ingat!akademik,akhlak dan pengetahuan agama
haruslah seiring sehaluan.
Sabda Nabi Muhammad s.a.w mafhumnya,
“Sesiapa yang menginginkan dunia,maka dia
perlukan ilmu.Jika dia menginginkan akhirat,maka dia juga memerlukan
ilmu.Sesiapa yang menginginkan kedua-duanya,maka ia juga memerlukan ilmu.”
“Bersangka baiklah
terhadap Allah s.w.t kerana sesungguhnya Allah sangat hampir dengan sangkaan
hamba-Nya”.Apabila
seseorang itu ditimpa musibah tetapi dia berbaik sangka kepada Allah s.w.t maka
InsyAllah Allah akan meringankan ujian yang menimpanya.Tetapi,jika dia berburuk
sangka tehadap Allah s.w.t maka kita akan rasa ujian itu sangat berat.Mungkin
Allah s.w.t menyimpan kejayaan kita dahulu kerana Allah ingin melihat keimanan
hamba-Nya.Allah s.w.t sangat hebat dan baik kerana apa?Kerana Allah s.w.t
memberikan sesuatu kebaikkan atau kejayaan itu tepat pada waktunya.
Kita sepatutnya bersyukur kepada Allah kerana memberikan
ujian terhadap kita.Sebab apa kita perlu bersyukur dengan ujian tersebut?kerana
yakinlah bahawa Allah s.w.t sangat menyayangi kita dan Dia ingin kita mendapat
tarbiah(didikan) terus daripada-Nya.Mungkin kita tidak menyedarinya,kerana kita
adalah taraf hamba disisi-Nya .Beruntunglah bagi sesiapa yang mendapat tarbiah
secara terus daripada Allah s.w.t.Pengalaman juga adalah suatu didikan yang
Allah bagi kepada kita.Sebab itu ada pepatah mengatakan “Experience is the best teacher” .
Kesimpulannya,janganlah kita berputus asa kerana tidak dapat
apa yang kita kehendaki.Kita juga hendaklah sentiasa beristiqomah untuk meminta
kepada Allah agar dikurniakan kejayaan kepada kita suatu hari nanti.Kita
teruskan hidup kita dan terus pandang kehadapan dan jangan sesekali pandang ke
belakang.Biarkan yang lepas itu menjadi sejarah.Jadikan kegagalan itu sebagai
satu motivasi untuk diri kita untuk bangkit daripada kegagalan dan mencipta
sejarah iaitu sebuah kejayaan yang tidak akan dilupakan.
Bismillahir Rahmanir Rahim,
Segala pujian ku panjatkan kepada-Mu,Wahai Tuhan Semesta
Alam.Selawat dan salam keatas Baginda Sayyidina Muhammad,Ahli Keluarga
Baginda,Para Sahabat Baginda,Tabi`in,Tabi’ Tabi`in,dan Hamba-Mu yang soleh.Ya
Allah,ampunilah dosa-dosa kami dan Engkau rahmatilah kami.Ya Allah,Engkau
buangkanlah sifat malas yang ada pada diri kami,suka menanangguh dan Engkau
hindarilah kami daripada sifat nyanyuk/lupa.Engkau kurniakanlah kejayaan kami
di dunia dan di akhirat.Allahuma Amien x3.Wasallahu ‘Ala Sayyidina Muhammad Wa
‘Ala Alihi Wa Sohbihi Ajma`in.Walhamdulillahir Rabbil ‘Alamin.Amien.
~Wallahu`alam~
No comments:
Post a Comment