wall

Saturday, December 25, 2010

SERBAN......

assalamualaikum....
tadi aku pergi hospital melawat/menziarahi mak cik aku sakit...waktu itu abang aku baru sahaja ambil aku di bandar Kuantan...selepas dapat saje tempat `parking' kereta....aku terus naik atas untuk melawat...waktu tengah jalan tu,aku melihat seorang budak lelaki yang masih kecil dalam lingkungan 3/4 tahun bersama dengan bapanya...bukannya aku tidak pernah melihat budak lelaki,tetapi aku melihat cara berpakaian dia....baju t-shirt merah bersama seluar ala jeans dan berserban...itulah yang membuatkan aku tersenyum dan kagum akan budak itu&bapanya...itulah kali pertama kali aku melihat seorang budak berusia 3/4 tahun berserban....kecil-kecil sudah  dididik untuk mengikuti sunnah Rasulullah S.A.W....ALLAHU AKBAR.....selalunya aku melihat orang memakai kopiah...tetapi kali ini lain sedikit kerana dia memakai SERBAN....sebagai seorang muslim...kita hendaklah mengambil Rasulullah S.A.W sebagai contoh ikutan kita....sama ada dari segi berpakaian,adab dan sebagainya...memang tidak salah jika kita tidak ikut kerana ia tidak wajib tetapi sebaik-baiknya kita ikutlah sunnah....didalam hatiku ini berkata&berdoa....bagusnya budak ini..."Ya Allah,Engkau peliharalah budak ini...."
semua orang dalam hospital semuanya meng`usha'....aku menulis post ini bukan sahaja untuk semua....tetapi untuk diri aku sendiri....marilah kita mendidik diri kita untuk mengikut jejak langkah dan perilaku Nabi jungjungan besar kita iaitu MUHAMMAD kekasih ALLAH TAALA...wallahu a'alam....

No comments:

Post a Comment