wall

Wednesday, July 27, 2011

~~Ramadhan bakal bertamu~~

Dengan lafaz yang mulia,,,,Assalamualaikum w.b.t....
syukur kepada Allah kerana diberi peluang untuk menguruskan blog ini....rasanya sudah lama penulis tidak menulis sesuatu di dalam blog ini....sepertimana yang kita sedia maklum bahawa jika tiada sebarang halangan insyaAllah pada hari isnin ini(1.8.2011) kita akan berpuasa,,,insyAllah....sebenarnya tidak sabar-sabar rasanya untuk menunggu bulan Ramadhan yang mulia....



penulis sebenarnya sangat merindui suasana seperti di sekolah lama penulis....iaitu Sekolah Menengah Islam Al-irsyad,Kuantan,Pahang....misalanya seperti tahun lepas,,,,penulis sangat gembira kerana apabila tibanya bulan Ramadhan Al-Mubarak,,,,semua pelajar-pelajarnya berlumba-lumba untuk membuat kebaikkan dan kebajikan untuk merebut pahala yang berlipat kali ganda....menjadi suatu pertanyaan kepada penulis,,,agak-agaknya,,,adakah suasana ini akan berada di sekolah yang sedang penulis menuntut ilmu???mudah-mudahan suasana sana itu ada di sekolah itu....

Allah s.w.t sangat mengalakkan kita supaya berlumba-berlumba mengerjakan amalan yang baik,,,,Allah menjelaskannya didalam Firman-Nya:-)

"148. dan bagi tiap-tiap umat ada arah (kiblat) Yang masing-masing menujunya; oleh itu berlumba-lumbalah kamu mengerjakan kebaikan; kerana di mana sahaja kamu berada maka Allah tetap akan membawa kamu semua (berhimpun pada hari kiamat untuk menerima balasan); Sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu."
                                                                                                                                                                            (Surah Al-Baqarah:148)


  jadi didalam ayat ini menyuruh kita supaya berbuat kebaikkan....
firman Allah lagi:-)
"sesungguhnya Allah menyukai kepada kebaikan"

apabila kita hendak membuat sesuatu kebaikkan hendaklah jangan menangguh....kerana apa????kerana apabila kita menangguhkan sesuatu kebaikkan bermakna kita sudah terlepas peluang yang Allah s.w.t hendak memberikan pahala kepada kita....ini bermakna juga kita telah mensia-siakan diri kita sendiri...kesimpulannya disini,,,,berlumba-lumbalah membuat kebaikkan kerana apa kita mesti ingat bahawa maut boleh sampai bila....adakah selepas kita mati nanti amalan kita mencukupi???sekurang-kurangya sedikit sebanyak dapat memberatkan neraca timbangan dan menambahkan amalan kita kelak....

Akhirulkalam....marilah kita berlumba-lumba untuk membuat kebaikkan pada bulan Ramadhan yang akan bertamu tidak lama lagi....agar pahala kita dilipat gandakan dan mudah-mudahan kita memperolehi rahmat daripada Tuhan Yang Esa....Allah s.w.t....Amin x3.....Wallahua'lam,,,,Wasslamualaikum warahmatullah wabarakatuh....^_^

No comments:

Post a Comment