wall

Saturday, November 5, 2011

pengorbanan......

Bismillahi Awal Wa Akhir....Assalamualikum w.b.t......

Salam Eidul-Adha
Alhamdulillah dapat lagi menyambung risalah ini sebagai salah satu platform untuk penulis menyambung wasilah Para Nabi....penulis teringat sewaktu penulis menuntut ilmu diirsyad dahulu dalam kuliah maghrib,,,dakwah ini hedaklah kita sampaikan walau bagaimana cara sekalipun asalkan sampai...so sekarang nie kan teknolgi semakin moden....macam-macam ada radio,internet,media cetak dan sebagainya....so bagi penulis meneruskan dan menyampaikan dakwah melalui cara internet....kita pun hendaklah menggunakan internet ini ke arah kebaikkan....jadi,ini adalah salah satu faeadh berinternet bukannya hanya sekadar duduk saje...

pembaca2 yg dikasihi sekalian,,,
penulis sebenarnya baru saje habis menduduki pepriksaan Sijil Menengah Agama(S.M.A),Alhamdulillah Allah memudahkan penulis untuk menjawab peperiksaan tersebut...tetapi penulis masih mengharapkan lagi doa-doa daripada pembaca-pembaca sekalian untuk mendoakan kejayaan penulis untuk mendapat keputusan yang MUMTAZ...Aminn Ya Rabbi....selama 49 hari penulis tidak pulang balik kampung kerana ingin fokus dalam SMA....penulis berharap sangat-sangat kepada Allah s.w.t agar menilai segala usaha yang telah dikorbankan....bagi penulis,biarah Allah menilai sesorang itu melalui usahanya untuk mendapat kejayaan,,,tapi penulis ingin Allah menilai penulis melalui usaha,amalan,dan hubungan dengan manusia untuk mendapat kejayaan kerana itu lebih bermakna.....
Tanggal 4/11/2011(Jumaat),penulis terserempak dengan sahabat penulis di Kuantan Parade(K.P),,,dan penulis dijemput untuk mengahdiri ke Majlis Tutup Kampung 2011 pada malam tersebut,,,asalnya penulis rasa segan because fikir takkan penulis saja bekas pelajar yang datang....tapi kerana kerinduan penulis terhadap mereka labih daripada perasaan segan itu maka penulis pergi jua...Alhamdulillah mereka masih tidak melupakan penulis walaupun jarang datang..maklumlah semakin kita besar pasti akan sibuk dengan hal masing-masing....cantik baju Tutup kampung tahun ini....hihihi...pr0m0te bajulah pulak...

Pembaca yang dirahmati Allah sekalian...
Pada pagi yang dingin ini,,dan bersempena dengan Hari Raya Eidul Adha ini...ingin penulis memperingati kepada pembaca agar marilah kita bersama-sama membesar-besarkan Allah s.w.t dengan bertakbir kepadanya,bertahmid,tahlil......kerana Nabi Junjungan kita iaitu Sayyidina Muhammad s.a.w menyuruh kita melakukan perkara tersebut...bukan menonton rancangan-rancangan yang me'lagha'kan...untuk pengetahuan pembaca sekalian,Eidul-Adha kita kan bertakbir sehinggalah bermulanya malam raya hinggalah 13 Zulhijjah....jadi banyak perbezaan diantara Eidul-Adha dengan Eidul-Fitri.....
Perkara yang Dilakukan pada Eidul-Adha yang tidak dilakukan pada Eidul-Fitri:-)
  1. Melakukan Ibadah Korban.
  2. Disunatkan kita solat hari raya dahulu baru menjamu selera.
  3. Bertakbir selama 4hari(10,11,12,13) .
Penulis ingin menekankan mengenai ibadah korban...teringat sebuah hadis yang menyatakan mengenai hari raya haji ini:

Nabi Muhammad s.a.w telah bersabda bahawa:ibadah yang pertama Aku lakukan pada pagi ini adalah solat(Solat Sunat Eidul-Adha),kemudian Aku balik rumah,dan Aku datang kembali dan melakukan penyembelihan(korban),sesiapa yang melakukan penyembelihan(korban),maka sesungguhnya dia telah mengikut sunnah kami.

jadi pembaca yang dikasihi yang dikasihi sekalian,fadhilat ibadah korban ini adalah sangat besar.Jadi jika Allah memberikan kita rezeki yang lebih,maka apa salahnya kalau kita melakukan ibadah korban.Daging korban adalah lebih sedap berbanding daging-daging yang lain.ini adalah fakat dan bukannya auta.Kalaulah kita tidak mampu untuk membeli 1 ekor lembu,kita masuk ataupun beli bahagian-bahagian dengan orang lain.

KENAPA SOLAT RAYA DULU BARU MAKAN?
Eidul-Fitri kita digalakkan makan terlebih dahulu baru pergi solat,kerana kita sudah sebulan berpuasa menahan lapar dan dahaga.Jadi Allah bagi kita change pula kita makan sebelum solat.Jadi,bila Eidul-Adha pula bertukarlah pula.Sebab itulah Allah ini Maha Adil.


kalau tidak silap penulislah,Eidul-Adha ini pahalanya lebih banyak berbanding Eidul-Fitri.sebab dia penulis dah lupa dah.tidak mengapa nanti penulis periksa balik.

Sejarah Eidul-Adha ini berkisar tentang kisah Nabi Allah Ibarahim A.S dan anaknya Nabi Allah Ismail A.S bersama Ibu Nabi Ismail iaitu Siti Hajar.Dari kisah inilah,munculnya Air yang paling berkat didunia ini iaitu Air Zam-zam.dan didalam rukun haji juga ada berjalan dari Saffa ke Marwah sempena memperingati pengorbanan Siti Hajar terhadapnya demi kasih sayangnya yang menangis kerana kehausan sehinggalah Allah menyuruh Nabi Ismail menghentakkan kakinya ke tanah sehingga keluar Air Zam-zam yang memancut daripada tanah.

Sebagai kesimpulannya,marilah kita bersama-sama menyambut Hari Raya Eidul-Adha ini dengan penuh kesyukuran dan penuh keimanan dan ketaqwaan bukan dengan kelalaian.Dan marilah kita memperingati kisah Nabi Ibrahim,Nabi Ismail dan Siti Hajar dalam mengharungi ujian yang diberikan Allah s.w.t untuk melihat sejauh mana ketaatan,keimanan,ketaqwaan terhadap-Nya...Wallahu 'Alam....



p/s:Jika ada salah dan silap harap ditegur,kerana penulis tidak mahu menyampaikan perkara yang tidak betul.Maaf jika ada salah dan silap.Harap Ditegur.

No comments:

Post a Comment